Saturday, November 12, 2016

aku selepas 6 tahun

di saat aku menulis blog ini, izinkan aku memberitahu keadaan aku sekarang.

Tempat: Toulouse, France
Masa: 2141 UTC+1 DST

Kalau dilihat kembali blog pertama bulan december 2010, aku ada menulis bagaimana mana aku dalam 5 tahun. Itulah punca aku menulis. Menunggu semester terakhir di UPM sebagai pelajar Sarjana, dan bekerja di salah sebuah syarikat membuat Kapal Terbang.

Banyak perkara terjadi, sepanjng 6 tahun. Apa aku dapat simpulkan, dunia ini kecil. Semua berkaitan. Dari cinta pertama sehingga rakan yang terdekat. Aku pernah bercakap mengenai hargai semua yang ada 6 tahun lepas.

Dunia berubah sekarang, begitu juga cara penulisan dari gaya rempit ke arah formaliti. 'Random thought' atas apa yang aku tulis ini. Tiada 'delete', hanya menulis bagaikan air. aku rindu waktu dulu. terlalu rindu. Rindu waktu muda. iya, sekarang muda tapi penuh dengan tanggungjawab. Apa sahaja yang di buat mesti ada sebab dan akibat.

Parti? Clubbing? waktu tu sudah gila berlalu. Aku hanya mampu tersenyum. Senyum akan usia muda yang naif. sekarang? penuh media sosial untuk famous. muak aku lihat. tayang kehidupan yg mewah. tapi apa yang aku lihat cebisan. kenapa tidak normal? seperti dulu.

aku senyum sendiri melihat penulisan aku. aku tulis bukan untuk apa, tapi untuk ingtakn aku akan kenangn yg susah nk diingati. waktu crush, waktu motor, waktu usm, waktu assignment, waktu tak tido malam. tahun 4 di usm aku tak menulis. aku abaikan. mungkin satu kerugian. tapi aku masih sempat untuk tahun 1-3. rindu semua.

terlalu banyak nak cakap, terlalu banyak nk berbunyi. 25 tahun umur aku. umur yg dari kecil aku idam kan. tapi aku bersyukur atas apa yg berlaku. terima kasih umi abah abang. aku 25 tahun? terlalu tua, tahun depan 26, 27,28,29,30. cepat sangat masa berlalu. aku nak bercuti nk pergi penang nk hirup balik udara penang, udara ipoh, udara kedah, udara perlis. aku nak pergi balik semua tempat yg aku pergi dulu. lihat dan hadam. aku rindu. rindu waktu gila dulu.

mungkin semua nk cepat, aku lihat semua nk lebih. aku cuma nk berhenti. bagi aku bernafas sambil mampu toleh kebelakang. semua melihat apa yg berlaku. aku lambai. aku gelak dan aku lari ke belakang. aku nak jumpe semua orang. tanya khabar.

 aku masih macam dulu. penakut dan overthinking. tapi aku nak berubah sambil aku toleh belakang apa yang aku kurang. semua berlaku ada sebab. semua dah tiada. aku matang ?

tulisan luahan di malam hari.