Friday, July 27, 2012

Apa yang aku busy sangat!!

Kenapa Noh busy sangat?


Yeah, persoalan yang sudah lama terungkai. Bukan apa, there's lot things to do here. Semua ini menambahkan pengalaman serta pemikiran hidup. Jangan hanya berada di satu ruang sahaja, tetapi penuhi ruang yang satu dengan se-maksimum yang boleh!!


Perhentian Challenge USM 2012


Nama macam gah, tapi bagi ku hakikatnye hanya lah satu percutian yang di taja sepenuhnya oleh USM sendiri. HAHAHA. Pulau perhentian, pulau yang tercantik di dunia ranking no 5.(menurut info yang diberi).
Pengalama yang teramat sangat best sebagai seorang rekreasi adalah snorkeling di lautan biru yang jernih! Sepanjang 3 hari tu, aktiviti dipenuhi dengan snorkeling sahaja. Melihat terumbu karang punya lah AWESOME!!! tapi sebab kan takut kaki terkena coral memang laju je berenang kat laut tu. 1st, latihan dipersisiran pantai. Tempat dalam juga, tapi sangat amazing!! laut yang teramat jernih crystal clear. 2nd, keadaan di tengah laut lagi mencabar. nampak coral sebesar alam.3rd, Dari persisiran di tepi pantai ke tengah laut, masa nak berenang ke tengah laut macam macam dugaan datang, jelly fish, ikan makan jari. Yang makan jari tu paling takut besar kot!!! ok terus FOBIA. 4rd, tengok jerung dan todak memang dah tak turun laut ar pastu FOBIA terus.aahhaha :)

Ekspidisi Kayak ke Langkawi


Event ini dianjurkan oleh pihak UUM dan UiTM semua bahagian utara naaa. Ok ekspidisi ini bermula dari jeti kuala perlis tempat kita semua naik ferry ke pulau langkawi. Sebab kan lama tak berkayak , jadi mari berkayak. Kayuhan bermula seawal 830 am. Sebab kan group USM ni memang lambat tambahan pula kampus kejuruteraan  kami terus gerak tanpa regangan badan yang betul dan menjadi group terakhir.Ini bukan race, just kayuhan. Selama 12 jam kami berkayuh dengan melawan ombak dan membelahnya serta dengan cuaca yang sangat panas dan hujan. 12 jam di tengah laut memang mainkan mental yang tinggi. Noh mental down masa kayuhan yang ke 7 jam. Teramat down. sebab tahan kencing. HAHAH. Nak buang air pun kat laut ye.Bila dah sampai ke pantai beringin memang teramat lega. sebab berasa bangga dapat menamatkan kayuhan dan bukan group terakhir ye. HAHA..

Kemudian di langkawi, kami melawat dan mengilingi hampir separuh langkawi. Nampak macam biasa, tapi menjadi luar biasa bila ada dua orang tourist guide yang berpengalaman. Menunjukkan sesuatu yang jarang di tunjuk semasa berada di Langkawi sebelum ini. Antaranya, mandi di jakuzi ayer hangat, kilim geoforest park, makan di kedai makan yang rated 'BEST IN LANGKAWI'.

 Kayak jenis ni yang digunakan, teramat dan sangat senang nak terbalik, kita pandang belakang pun dah jadi huyung hayang, alhamdulillah, tak terbalik sepanjang 12 jam perjalanan.
 Gambar ini, masa melawat kolam air tawar bagi makan kat ikan pari. ok Noh teramat fobia dengan hidupan laut.. takut sangat..

 Pemandangan dengan hadapan kilim geoforest. lagi 10 minit boleh pergi thailand ikut laluan laut ini. Di sebelah kanan pula adalah jakuzi di langkawi, jakuzi air masin atau air laut, sejam 70RM. Memang best teramat


Ini muka seawal pagi selepas penat berkayak selama 12 jam. makan maggi dengan bihun serta badan keras keras. Tapi yang penting pengalam SUPERB










Training of Trainers


Satu perkhemahan untuk menjadi fasi untuk kem pimpin siswa. Di taja sepenuhnya oleh pihak USM. Melatih semangat cintakan universiti dan untuk melatih peserta tahun pertama yang memasuki ke USM. Mengenal apa itu kelestarian dan apa yang membezakan kita dengan universiti lain. WE LEAD

Freescale

Intelligence racing car. Making smart car macam tu lah. HAHAH. sekarang ni pun masih lagi buat traning kit, kit yang sebenar masih belum dapat dan kami akan ke PJ pada 4/8 ini untuk workshop. Pertandingan akan berlangsung pada 1-2/12 di UiTM Shah Alam.  Nantikan kami

No comments:

Post a Comment