Tuesday, March 20, 2012

My new girlfriend

Setiap sebulan satu post.
Memang busy tahap habis lah ni, btw after long journey menjadi single, akhirnya noh mendapat awek baru
baru je kenal dalam dua    tiga bulan lepas.
Haaa, parent pun macam suka je dengan die ni.
Tapi umi macam risau sikit, tapi setakat ni ok lagi.
Sekarang ni still counting  berapa lama kita bersama.

Tapi kan, baru berapa bulan noh dah  habiskan banyak untuk die,
tapi apa nak buat kan  sayang sangat.
Maklum ar dah lama tak bercinta, genap dua tahun ar ni :)

Kawan-kawan pun mampu menerima si dia dengan baik.
Kira suka ar tengok  die. even die tak seramping gadis yang lain. Big is okay for me. ahahahah!!
Nak kata putih takder lah jugak, gelap je memanjang.atas bawah still gelap bukan nak kutuk ok.
Tak berani nak kutuk awek sendiri, tapi hitam tu menawan..kan?

nak tengok awek kita? hahah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dari kiri FZ150i tuan badan zaim , tengah Kips 150rr tuan badan lan(skyzer), kanan ninja 250R tuan badan noh

NI time ni nak pergi ceramah ustaz azhar idrus. haaaa pastu beli jacket sat.

Itulah die awek noh, haaa Ninja 250R bernombor plat WWF 3498 .
Mana ada awek nak lekat lelaki pakai motor ni, serius takder.
Tapi papepun noh tak kesah perempuan sekarang. sebb ada buah hati ni.
Baru minggu lepas noh ber-TTS (teh tarik session) dengan bikers yang lain.
memang 250cc ke atas ar.tapi ninja ni dua ketul je.jenuh nak kejar R1 yamaha.
Tapi masa sesi tu, ada hayabusa, RGXR 750, CBR 1000cc 
memang grad ni pakai 750cc ar ni.simpan duit untuk mu sayang.hahaha



Friday, February 24, 2012

Mencari Singa

Tanggal 16 haribulan 2, detik kami sampai ke Singapura. Semuanya berkaitan dengan saman bila sampai ke Singapura. Ok, trip ini bukan holiday trip, tapi macam holiday sebab kebanyakan masa diluang kan dengan santai dan tenang. Tujuan lawatan ini bertujuan untuk melihat prespektif Aerospace Engineering  di negara lain. National University of Singapore (ranking 20 plus minus) dan Nanyang Technological University (ranking 50 plus minus) yang kami lawat.Yang best sebab semua tempat aircond. Kemudian masa yang lain diteruskan dengan berjalan.

Nanyang Technological University
                                      
Random street




















Sentosa

Panorama di sentosa

Sentosa broadwalk




Entrance ni tak silap 58 SD









































Sunday, January 15, 2012

Books that influence me

Jarang  sekali Noh cerita pasal buku kan. But today ada dua buah buku yang betul-betul  pengaruhi 'how im thinking'

So we start here,
Buku ini ditulis oleh  TAF TEH dan D'IANADI. Kedua dua nya adalah perempuan.  Di dalam buku ini ada 44 tajuk, dimana kita sebagai  pembaca harus merungkai isi dengan pandangan yang jauh. Di mana skop adalah "Fiksi popkon dari zon imaginasi terlarang". Memang banyak double meaning tapi semuanya bersebab dalam kehidupan kita. Buku ini membuat kita jangan berfikiran sempit or to typical .




next, 
buku ini macam buku cerita kanak-kanak.Tetapi memaparkan kehidupan dan liku-liku mantan Perdana Menteri  kita Tun Dr.Mahathir Mohamad. Penulisnya adalah E.Yu. Cara penceritaan yang bersahaja dan amat memuaskan. Permulaan dari tahun 1925 sehingga 1981.  

Thursday, December 15, 2011

Angkasa

Diandra arjunaidi
taken: KLue.com

Sepucuk surat cinta.
Yup dipetik dari lirik Angkasa oleh Diandra Arjunaidi
First time I heard about her is in JUNK magazine  i presume
Masa tu yang pelik sebab nama  'Arjunaidi'
so closed wit ma father name as you all know 'Arjunaiti'
Today I just wanna share the lyric of "angakasa"
yang sudah di repeat almost 50 times?
follow her twitter @imdiandra


Jika ku tuliskan
sepucuk surat cinta owh bagimu
mungkinkah ia mampu
mengubah fikiranmu
tentang diriku yang sayang
menanti ketibanya hari

ke angkasa
dan kembali
ku tetap berada disisi
cinta kita bagaikan fantasi
kau lah yang ku miliki
kau lah yang ku mencari
selama-lamanya

walaupun kita dua insan
yang tak pernah memahami
diri kita yang berlainan alam
tapi takdir kita bertemu
dan ku tak akan lepaskan
perasaan ini

dan sayang mungkin kita
tak harus kekal begini
dan sayang kita harus
menempuhi realiti
realiti..realiti..

Angkasa
by: Diandra Arjunaidi

Tuesday, December 13, 2011

Why we called it LIMA

10 Dec,

Perjalanan seawal 4 pagi. Tapi gerak pukul 5 juga, nak buat macam mana. Masuk bus (ditaja USM) je terus seat belakang, buang beg, sarung headcap TIDUR! memang subuh pun burn ar.even beberapa orang kejut pun susah nak bangun. Takdir kan. Tapi yang peliknyer sampai je Kuala Perlis terus bangun buka beg amik shade pasang cekak turun dari bus macam traveller. heh~

Kuala Perlis(830 am) jeti nak pergi Langkawi. Satu tempat yang best ada makan. Tapi skunk kat jeti tu ada secret recepi pulak, dasat~ Tunggu punya tunggu pukul 1030 juga se-aero naik ke ferry.Dalam ferry tu boley pulak layan movie thai dush dush dush ar..da boring layan sudoku.

Jeti Langkawi (1145 am) dengan gaya traveller kiterang keluar ferry di sambut dgn staff aero usm. Naik bus mrsm. Nak di jadikan cerita, sorang staff ni duk complain kata nya "ada ke patut depa kata aq pemandu teksi, tau lar baju aq sama macm pemandu teksi, tapi beza depa dgn aq, aq ada tulis 'aerospace eng' ".. di tambah lagi " da jadi macam ni aq pun tipu ar pelawat..bila depa dok tanya brape harga nak pergi LIMA aq sebut je rm30 padahal rm6 je."

LIMA (1230 pm) sejauh 20km perjalanan akhirnya sampai. Besar gak tempat. Kami pergi semata mata nak tngk air show.memang awesome gile. Masa nak tunggu pukul 2.oo pm, kami pun jalan jalan ke booth usm. Kemudian sampai saat yang dinantikan air show.aweosme gile. kalau nak tengok boleh lihat di youtube taip sahaja LIMA 2011.

Jeti Langkawi (1730) Masa untuk shooping. Sebab kan sayang umi punya pasal. Beli ar di Haji Isamil Group untuk barangan dapur. After that semua sibuk nak beli coklat, makan, dan main bowling. Tepat (1930 pm) kami se-aero naik ferry. 

The new generation A330 Multi Role Tanker Transport (MRTT) Royal Australian Air Force
F-18 Super Hornet (United States Air Force, USAF)


Semangat untuk aerospace sikit!

Wednesday, November 30, 2011

Silam

Hari ini mari kita berbicara mengenai isi hati atau pendapat. Sekarang ini, di Malaysia pergolakan politik telah berlaku.Jadi anak anak muda yang bergelar mahasiswa/siswi rata-rata berusaha melibatkan diri dalam politik. Perbezaan falsah politik menyebabkan ramai mahsiswa/siswi bertelagah. Bukan nak kata siapa betul atau siapa salah.Tapi permainan politik ini sudah lama berlaku.Semenjak kita belum merdeka lagi.

Jadi percatuan boleh ini telah dirancang sejak dahulu lagi. Dan kemungkinan kita meneruskan lagi percatuan ini. Bagi mahasiswa/siswi , semangat berpolitik memng tidak dapat dibendung lagi akan tetapi percatuan ini jangan sampai termakan jerat falsafah kaum sendiri..Bukan nak kata Si A betul Si B salah. Akan tetapi mahasiswa/siswi mengikut secara membuta tuli.

Sejarah walau di catit dalam manuskrip dan di simpan beratus tahun tidak semesti nya betul.siapa kita di zaman ini mentukan sejarah itu betul atau salah.walau kita mengkaji bahawa penulisan itu betul, tetapi kita tidak tahu apa agenda sebelum penulisan sejarah itu berlaku.

Tidak bermaksud kita perlu tidak percaya sejarah atau percaya sejarah, dan juga tidak bermaksud kita harus mengkaji dengan teliti.Tetapi kita tidak tahu bahawa apa sebenar yang berlaku sebelum penulisan itu berlaku. Hanya percakapan mulut sahaja di bawa turun temurun secara tidak langsung berubah isi demi isi. Apa yang cuba di sampai kan penulis sekarang ini, biarlah sejarah itu berlalu dan di simpan sahaja. Cuma jangan di ulang.Biarlah kita mahasiswa/siswi  membicarakan politik secara jelas dan lancar sambil menerbitkan sejarah politik yang baru dimana kita sahaja yang tahu akan agenda tersebut.

Tuesday, November 29, 2011

what should I write

~Let the fingers dance~

Sekarang berada di J6060 bilik di USM nibong tebal. Dimana noh jarang balik. Not everything is new. Just baru buat twitter (heheheheh)  tuan punya twitter noh_hafiz. Senang je nak cari. Apa lagi ye..Yesss , handphone Sony Aino U10i sudah dijual dan memiliki phone yang baru iaitu Samsung S Plus.
so gambar ni pun dah lama.