Sunday, January 15, 2012

Books that influence me

Jarang  sekali Noh cerita pasal buku kan. But today ada dua buah buku yang betul-betul  pengaruhi 'how im thinking'

So we start here,
Buku ini ditulis oleh  TAF TEH dan D'IANADI. Kedua dua nya adalah perempuan.  Di dalam buku ini ada 44 tajuk, dimana kita sebagai  pembaca harus merungkai isi dengan pandangan yang jauh. Di mana skop adalah "Fiksi popkon dari zon imaginasi terlarang". Memang banyak double meaning tapi semuanya bersebab dalam kehidupan kita. Buku ini membuat kita jangan berfikiran sempit or to typical .




next, 
buku ini macam buku cerita kanak-kanak.Tetapi memaparkan kehidupan dan liku-liku mantan Perdana Menteri  kita Tun Dr.Mahathir Mohamad. Penulisnya adalah E.Yu. Cara penceritaan yang bersahaja dan amat memuaskan. Permulaan dari tahun 1925 sehingga 1981.  

Thursday, December 15, 2011

Angkasa

Diandra arjunaidi
taken: KLue.com

Sepucuk surat cinta.
Yup dipetik dari lirik Angkasa oleh Diandra Arjunaidi
First time I heard about her is in JUNK magazine  i presume
Masa tu yang pelik sebab nama  'Arjunaidi'
so closed wit ma father name as you all know 'Arjunaiti'
Today I just wanna share the lyric of "angakasa"
yang sudah di repeat almost 50 times?
follow her twitter @imdiandra


Jika ku tuliskan
sepucuk surat cinta owh bagimu
mungkinkah ia mampu
mengubah fikiranmu
tentang diriku yang sayang
menanti ketibanya hari

ke angkasa
dan kembali
ku tetap berada disisi
cinta kita bagaikan fantasi
kau lah yang ku miliki
kau lah yang ku mencari
selama-lamanya

walaupun kita dua insan
yang tak pernah memahami
diri kita yang berlainan alam
tapi takdir kita bertemu
dan ku tak akan lepaskan
perasaan ini

dan sayang mungkin kita
tak harus kekal begini
dan sayang kita harus
menempuhi realiti
realiti..realiti..

Angkasa
by: Diandra Arjunaidi

Tuesday, December 13, 2011

Why we called it LIMA

10 Dec,

Perjalanan seawal 4 pagi. Tapi gerak pukul 5 juga, nak buat macam mana. Masuk bus (ditaja USM) je terus seat belakang, buang beg, sarung headcap TIDUR! memang subuh pun burn ar.even beberapa orang kejut pun susah nak bangun. Takdir kan. Tapi yang peliknyer sampai je Kuala Perlis terus bangun buka beg amik shade pasang cekak turun dari bus macam traveller. heh~

Kuala Perlis(830 am) jeti nak pergi Langkawi. Satu tempat yang best ada makan. Tapi skunk kat jeti tu ada secret recepi pulak, dasat~ Tunggu punya tunggu pukul 1030 juga se-aero naik ke ferry.Dalam ferry tu boley pulak layan movie thai dush dush dush ar..da boring layan sudoku.

Jeti Langkawi (1145 am) dengan gaya traveller kiterang keluar ferry di sambut dgn staff aero usm. Naik bus mrsm. Nak di jadikan cerita, sorang staff ni duk complain kata nya "ada ke patut depa kata aq pemandu teksi, tau lar baju aq sama macm pemandu teksi, tapi beza depa dgn aq, aq ada tulis 'aerospace eng' ".. di tambah lagi " da jadi macam ni aq pun tipu ar pelawat..bila depa dok tanya brape harga nak pergi LIMA aq sebut je rm30 padahal rm6 je."

LIMA (1230 pm) sejauh 20km perjalanan akhirnya sampai. Besar gak tempat. Kami pergi semata mata nak tngk air show.memang awesome gile. Masa nak tunggu pukul 2.oo pm, kami pun jalan jalan ke booth usm. Kemudian sampai saat yang dinantikan air show.aweosme gile. kalau nak tengok boleh lihat di youtube taip sahaja LIMA 2011.

Jeti Langkawi (1730) Masa untuk shooping. Sebab kan sayang umi punya pasal. Beli ar di Haji Isamil Group untuk barangan dapur. After that semua sibuk nak beli coklat, makan, dan main bowling. Tepat (1930 pm) kami se-aero naik ferry. 

The new generation A330 Multi Role Tanker Transport (MRTT) Royal Australian Air Force
F-18 Super Hornet (United States Air Force, USAF)


Semangat untuk aerospace sikit!

Wednesday, November 30, 2011

Silam

Hari ini mari kita berbicara mengenai isi hati atau pendapat. Sekarang ini, di Malaysia pergolakan politik telah berlaku.Jadi anak anak muda yang bergelar mahasiswa/siswi rata-rata berusaha melibatkan diri dalam politik. Perbezaan falsah politik menyebabkan ramai mahsiswa/siswi bertelagah. Bukan nak kata siapa betul atau siapa salah.Tapi permainan politik ini sudah lama berlaku.Semenjak kita belum merdeka lagi.

Jadi percatuan boleh ini telah dirancang sejak dahulu lagi. Dan kemungkinan kita meneruskan lagi percatuan ini. Bagi mahasiswa/siswi , semangat berpolitik memng tidak dapat dibendung lagi akan tetapi percatuan ini jangan sampai termakan jerat falsafah kaum sendiri..Bukan nak kata Si A betul Si B salah. Akan tetapi mahasiswa/siswi mengikut secara membuta tuli.

Sejarah walau di catit dalam manuskrip dan di simpan beratus tahun tidak semesti nya betul.siapa kita di zaman ini mentukan sejarah itu betul atau salah.walau kita mengkaji bahawa penulisan itu betul, tetapi kita tidak tahu apa agenda sebelum penulisan sejarah itu berlaku.

Tidak bermaksud kita perlu tidak percaya sejarah atau percaya sejarah, dan juga tidak bermaksud kita harus mengkaji dengan teliti.Tetapi kita tidak tahu bahawa apa sebenar yang berlaku sebelum penulisan itu berlaku. Hanya percakapan mulut sahaja di bawa turun temurun secara tidak langsung berubah isi demi isi. Apa yang cuba di sampai kan penulis sekarang ini, biarlah sejarah itu berlalu dan di simpan sahaja. Cuma jangan di ulang.Biarlah kita mahasiswa/siswi  membicarakan politik secara jelas dan lancar sambil menerbitkan sejarah politik yang baru dimana kita sahaja yang tahu akan agenda tersebut.

Tuesday, November 29, 2011

what should I write

~Let the fingers dance~

Sekarang berada di J6060 bilik di USM nibong tebal. Dimana noh jarang balik. Not everything is new. Just baru buat twitter (heheheheh)  tuan punya twitter noh_hafiz. Senang je nak cari. Apa lagi ye..Yesss , handphone Sony Aino U10i sudah dijual dan memiliki phone yang baru iaitu Samsung S Plus.
so gambar ni pun dah lama.


Saturday, August 6, 2011

ahhhhhhhhh~~ everything is new again.

salam ramadan.

 hiyakk!!.ehe ehe
ok sekarang ini sudah masuk bulan ramadan hari yang kelima.kalau ikut tarikh Islam nye 6 ramadan 1432 hijrah. Baiklah, sudah lama Noh tak update blog. Isi ader tapi masa tak ada..aaha! Isi sudah hilang..so kita buat dono je ye.

tapi hari ini apa yang dpat di berikan adalah satu petikan hadis. :)

Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-



salam ramadan!

Friday, June 3, 2011

Hidup Aku Best!



For the past few months,
my life totally awesome!!!!!!!!!!

Berikut adalah tatacara program saya:
 
i- Holiday semasa study week
percutian ini memang tidak di rancang dan di fikir. 4 hari ou bercuti, sampai ke johor. Semua nya bermula apabila kami ke pulau pinang untuk sarapan pagi. Dengan di saji kan roti canai kuah ayam dengan kopi memng bermakna ar!. Kemudian kami ke road walk.(first time Noh pergi) memang amazing and COOL! banyak sangt barang antik. Jalan-jalan kami pun pulang ke perhentian sungai bakap (rohilmi/pemandu. affanzi/tauke besar). Kami berhenti setelah kenderaan sesak sangant akibat lori beras terbalik. Jadi tanpa diduga kami ke ipoh menginap di hotel seri malaysia, serta ke kuala lumpur serta ke johor bharu kami menginap di tune hotel. Tidak lupa juga kami sesat di UTM selama sejam  (kejap jer)

ii-Lawatan industri aerospace students
lawatn ini, a day after kami pergi ke pulau pangkor semasa kursus MRS. Kat pulau pangkor best!! Ok this trip memang dirancang untuk membuka minda dan mata student aerospace engineering. Lawatan yg bertempat di Subang selangor ini, confirm dan pasti and sure memang best. Lawatan pertama ke Spirit aerosystem. ini membuat part sayap untuk boeing (betulakan kalau salah yer). Jadi memang teruja ar. Masa abang engineer tu (umur baru 25) tunjuk bagaimana produk itusi bina, Noh teringat kereta buggati di bina. Hampir sama sebab bugggati di bina secara pecahan dan peringkat berbeza dari kereta biasa. And it also an aerospace engineering. Kemudian kami ke Subang juga, ke Malaysia Airlines Di situ tempat mereka menyelia dan memeriksa kapal terbang dari segenap dunia, memang cool!! Masa tu juga ar dapat merasa naik Business class, First class, economical class. Layan der. Tidak lupa kami menetap di JATI Uitm Shah Alam bersama prof.Victor.. Berjumpa kawan lama di damansara.

iii-Perkampungan PRS satu malayisa
Bunyi macam gempak kan. Tapi ini sebenarnya hanya sekadar aktivit bagi merapatkan silaturrahim antara semua ipta di malaysia. Bertempat di Skudai UTM. Yeah, kami kembali lagi tanpa sesat sebb kami naik bus. Perjalanan yang memakan masa selama 12. Onak duri kami lalui. Kami wakil USM yang terdiri dari kampus induk serta kejuruteraan, dengan moto 'KAMI MEMIMPIN' berangkat ke UTM pada jam 9 pagi.Tapi sebelum sampi ke perhentian sg.bakap. Kami terpaksa memasuki jalan kampung( sebb xnak lalu tol) . Dalam perjalanan , memang senyap. tapi time nak balik je, bising satu bus. happening gile.! pengalaman kat UTM ok ar so so.. x menonjol sangt coz im cool.hahaha

iv-Shell Eco marathon
Event ni sudah lama sangt.Tapi bagi Noh memang best dan terbaik. Sebab banyak benda baru yg Noh boley belajar. Anyway Noh pernah post pasal ni. (stalker ar sikit ye). Doa kan kejayaan pasukan USM di litar sepang ini pada bulan 7!!
v-Membeli ticket Arsenal vs. Malaysia
Noh bukan ar fanatik Arsenal, tapi kalau Arsenal main sokong gak r. Anyway, ni Noh nak habaq sikit ni haa, Noh da beli ticket Arsenal 13 julai ni. harga Rm108. TERIMA KASIH kepada Raiminor ramsey kerana membeli ticket untuk saya.hihihih
Guess what , Noh dapat Pas percuma untuk melihat pasukan Arsenal berlatih!!!!!!
SUPER COOL!! 12 haribulan ini yer. jangan jeles!

Hotel Seri Malaysia Ipoh.

Tune Hotel Danga Bay.    

 Menginap di dalam hotel ini, satu hari je.tapi amat best. Tidur satu bilik. Makan pagi tu kat hotel!









Nak cari hotel ni pun boleh sesat. Maklum ar kami orang penang. Mane tau jalan selatan. Yg lawak nyer kat sini. kami pepagi makan kat luar pastu berus gigi kat tandas. dengan kehadiran makcik cleaner menggamat kanlagi suasan.haaa!













spirit Aerosystem




Berada di Hall Utama Spirit Aerosystem. Kami warga School of Aerospace Engineering amat berkait rapat dengan sarikat ini.COOL!




 

Malaysia Airlines.



Dalam First Class. Masyuk ou dalam nie. Business Class kat tingkat atas. Bermakna gile. Dapat gak merasa tempat mewah en. by the way ini adalah Kapal Malaysia Airlines!







Pass Training (front)









Hihihihi..dapat pass percume.nantikan yer!









Pass (back)